|
Apakah perbezaan antara kebetulan dan suratan/ketentuan?
Sunday, February 5, 2012 | 5:51 PM | 2 comments
Satu persoalan yang seringkali keluar daripada mulut saya saat mendengarkan lagu “Suratan atau Kebetulan”. Apabila kita mendapat bencana dan kesusahan, kita sering merasa marah dan tidak aman. Kadang-kadang kita merasa Tuhan tidak adil dan tidak memberikan kita balasan yang selayaknya. Namun apabila kita mendapat nikmat dan kesenangan, ramai yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Jauh sekali mengatakan segalanya daripada Tuhan dan Dialah tempat bergantung yang sesungguhnya. “Ini semua hasil usaha aku, akulah yang layak berbangga dengan pencapaian ini”. Tak semua, namun kebanyakannya. Apakah kita tidak dapat berlaku adil dalam menghadapi antara dua ketentuan ini? Wahai teman, yakinlah bahawa Allah lah yang lebih mengetahui segala-galanya, lebih daripada kita mengetahui sesuatu. Bahkan Allah lebih mengenali kita daripada diri kita sendiri. Di sebalik setiap ketentuan, binalah kekuatan dan jadilah lebih baik! credit to KhadimulQuran Picnik<--- the best online photo editor i ever used
| 4:45 AM | 2 comments
dan inilah hasil nya... jeng jeng jeng okay tak? okay tak?? huahahahahaha... (layan jelah) sebarang pendapat, pertanyaan mahupun komen a.k.a kritikan, sila tglkn kat bahagian comment kat link atas entry nie eak? babaiii oops!! lupe plak. Korang nak try edit pakai Picnik nie juga ke? nah, klik je kat sini! Selamat mencuba :) p/s:~Picnik akan menamatkan perkhidmatann nya April 2012 nie. so better you guys hurry up kalau nak edit gambar tu. takut nanti kepunan pulak. batu belah batu betangkup dah takdak dah la ni. huahahahahhaa Chillex kejap bersama Amat episod 5
| 3:23 AM | 0 comments
Setelah sampai, Amat turun dari keretapi tetapi muka dia sangat pucat, almaklumlah itulah first time dia menaiki keretapi. Sumardi: Assalamualaikum Mat, sahabatku! Pesal muka lu pucat semacam jer? Amat: Aku tak biasalah naik keretapi. Lepas tu aku duduk menghadap ke arah bertentangan, kepala aku pening la bro. Sumardi: Sian lu, apasal tak tukar tempat duduk dengan orang yang duduk depan ko? Amat: Aku nak tukar jugak tapi tak boleh.. Sumardi: Naper tokleh? Dia tak kasi ker? Amat: Masalahnya depan aku takde orang duduk, camner aku nak ajak tukar tempat… Sumardi: Grpppdkkk..! Alhamdulillah, mereka dah dapat hidayah. Anda pula bagaimana?
| 12:33 AM | 0 comments
Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah. Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE). Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.
Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka. Mereka dah lakukan perubahan yang positif, kita pula macam mana?? :) |