|
jom masak kari ayam :)
Wednesday, January 18, 2012 | 8:59 PM | 0 comments
ini kari ayam yang i buat sendiri tau.kari ayam style pekat punya.husband makan pun sampai tak cukup nasi :) assalamualaikum semua :) okay, fist of all sorry sebab dah lama tak update entry kat blog nie. al maklumlah. dunia ku sedang mengalami zaman kegawatan sebelum nie. so, tak dapek lah den topup broadband. huhuhuh.. kesian kan?? haaha.. whatever lah awien oooi.. okay, tanpa membuang masa. sebagai entry pertama i untuk tahun 2012 ni. i nak kongsi 1 resepi yang mudah lagi sedap dengan korang. nak belajar memasak tak??? meh sini sifu ajarkan. kalau nak lah, kalau tongga tak nak, takpee. heheehe mula-mula sekali, nak masak kena ada bahan2 nye kan?? nie nak bagitahu kalau i yang masak takder sukatan yang betul-betul harus tepat tau. sebab kita nak masak lauk, bukan kek. so, kena faham lah eak?? hahahaha . KARI AYAM / DAGING / IKAN (hidangan untuk 2 orang) bahan-bahan yang diperlukan adalah : ~ 1.ayam / daging / ikan (terpulang kata anda nak banyak mana. agak2 dalam cukup 2 orang makan tu, kira okay dah ) 2.halba campur (dalam 2sudu kecik) 3.bawang merah, bawan putih dan halia (dihiris) 4.daun kari (setangkai dua) 5.bunga lawang,kayu manis dan bunga cengkih 6.serbuk kari (ikut bahan utama yang korang pakai lah. kalau kari ayam tu, carilah yang khas untuk ayam. and begitu juga sebaliknya) 7.air asam jawa 8.garam, serbuk perasa dan sedikit gula 9.bahan tambahan :~ kentang (kari ayam / kari daging) tomato / bendi / timun (sesuai untuk kari ikan) 10. santan (bagi yang nak lemak lagi, kalau diet tu tak pakai santan pun boleh) cara-cara nak masak pula :~ 1. panas kan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia. masukan halba campur dan daun kari. tunggu sehingga aroma kari tu keluar. 2. bila dah terhidu bau kari tu, masukan pula serbuka kari. pastikan kita bancuh serbuk kari tu dengan sedikit air sebelum masuk dalam periuk okay?? then, kita masak sehingga kari tu pecah minyak. 3. masukan pula bahan utama kita (ayam/ ikan/ daging). gaul kan dan kemudian tutup periuk kita buat sementara. 4. selepas seminit dua macam tu, baru kita tuangkan air asam jawa. gaul rata dan tutup periuk. 5. masak sehingga 15-20 minit macam tu then masukan bahan tambahan (no.9) kita. (masa masak tu i agak2 je. you guys pandai2lah tengok ye,kalau belum masak tu,tunggulah sampai masak) 6. tambahkan bahan perasa. secukup rasa yang you guys suka. i selalu nya guna 2 sudu kecik garam, 1 sudu kecik serbuk perasa dan 1/3 sudu makan gula. ikut suka lah kan? 7. tambahkan air (yang ni pun ikut you guys lah,kalu nak pekat tambah sikit2 cukuplah, kalau suka yang cair, tambahlah banyak air tu.) 8. tutup periuk dan perlahankan api. tunggu beberapa minit (1-2minit) kemudian tambahkan santan. (sikit je tau santan tu, sebab kalau santan banyak sangat, boleh muak kita dibuatnya. jadi tak sedap plak kari kita tu nanti) 9. masak dalam 2 minit macam tu,barulah kari kita sedia untuk dihidang dan dicekik :) selamat mencuba :) |