|
i got a job!!!
Friday, March 11, 2011 | 10:16 PM | 0 comments
pagi tadi ingatkan ada event Mahsa kat u.k(labuan). skali tengok, habok pun tarrak. so, me and my hubby pegilah notice board bahagian vacancies. cari punye cari, akhir nya aku buat keputusan untuk telefon Puan Emily. dia iklan kan vacancy jawatan Pembantu Taska. so, puan tu panggil lah aku untuk pergi interview right away. wah, aku pun dengan baju t-shirt, dengan seluar track-suite pergilah kat taska tu tadi nak g interview. wah, criter punye criter, akhirnya aku dapat gak kerja kat situ. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat sebab dah dapat kerja. gaji permulaan RM400 tapi yang itu belum tambah OT lagi. so, kalau nak duit lebih kena kerja lebih juga kan?? hehehe *** puan Emily kata kerja senang jer, kat taska tu ada 17 orang budak yang perlu kena jaga. 6 orang waktu pagi dan selebihnya tu waktu petang. Puan tu kata senang, tapi kat aku tak tahu lah pulak apa nak jadi nanti kn? hehehe.. harap2 everythings gonna be just fine!! *** apa2 pun lepas nie, kita wait annd see je lah dulu. may success always besides me. Gambate wiwien!!!! hip hip, huraaay!!! ahhahahahaa.. *** TSUNAMI or GEMPA BUMI di Sabah and Labuan ??
| 5:02 AM | 0 comments
11. march. 2010.. jam 5.15 p.m. kiterang dikejutkan dengan berita tegempar yang menyatakan bahawa Sabah n Labuan akan dilanda Tsunami or Gempa Bumi. aduih... nauzubillah. harap2 semua ramalan tu tak betul sama sekali. semua ni berpunca daripada Tsunami dan gempa bumi yang dah jadi kat Jepun tengah hari tadi.Berita mengatakan yang kemungkinan besar Sabah dan Labuan akan menerima gegaran malam nie. Mungkin sekejap sahaja lagi. tak senang duduk kiterang dibuatnye. aq yakin yang pasti semua orang sedang susah hati waktu nie. apakan lagi kami yang tinggal di pulau labuan yang dikelilingi dengan laut dan tambah lagi dengan pusat2 hiburan yang terlalu banyak di pulau nie. terlalu banyak sebab mengapa Allah turunkan bala kepada hamba-Nya. dan pasti semua org tahu salah satu sebab mengapa Labuan menjadi sasaran. aq nak tulis panjang lebar pun dah tak guna juga sebab pemimpin Labuan nie sendiri yang dah halal kan aktiviti macam ni dibuat di dalam negeri yang dia pimpin ni. hmm, siapalah kita ni hendak menegur semua tu?? aq nie insan biasa yang miskinkan harta, aq tak layak nak bersuara di hadapan orang yang mempunyai kuasa dan harta serta pengaruh yang kuat. hanya Allah sahaja yang mampu memberi kesedaran kepada dia (siapa makan cili, dia terasa pedas). Ya Allah, aq tidak mampu berbuat apa2 untuk mengelak ataupun mengubah apa yang telah kau takdirkan. aq hanya mampu berdoa agar keselamatan kami semua terpelihara. aq memohan perlindungan dari Mu ya Allah. Amin |