|
freaky and creepy nightmare...
Sunday, June 5, 2011 | 10:35 PM | 0 comments
gelap... suram.. sunyi.. sepi... pelbagai perasaan yang timbul dalam hati dan fikiran aku waktu itu. tiba- tiba , kedengaran suara riuh rendah di sekeliling ku. ramai nya orang di tempat itu. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh berada di tempat yang pelik seperti ini. daripada sunyi bertukar riuh. penuh dengan orang-orang yang aku tidak kenali. kemudian datang seorang mak cik ke arah ku. dia tersenyum lebar melihat aku yang sedang dalam kebingungan. lantas aku bertanya " mak cik, saya dimana sekarang ni?" lalu mak cik berkata sambil tersenyum " kamu tak tahu ke? sebenarnya kamu sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya. kereta kamu remuk dan kamu pula koma di hospital. namun, nyawa kamu tak panjang nak. kamu sebenarnya sudah meninggal dunia akibat kemalangan itu. lalu kamu di hantar ke sini. bersama-sama yang lain." aku tersentak. "kenapa aku tidak tahu semua itu? dan aku sebenarnya berada dimana sekarang? apa sebenarnya yang dah jadi kat aku nie? dan siapa mereka semua? " pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran ku selepas mak cik tersebut menjawab soalan ku. "mak cik tu jawab slumber je... tak kan mak cik nie nak bergurau ngan aku? biar betul?" bisik hatiku lagi. aku berjalan di sekitar tempat itu. terasa pelik dengan keadaan disana. ia bagaikan sebuah dewan yang besar, yang dindingnya berwarna putih dan langsung tidak mempunyai tingkap, pintu mahupun perkakas-perkakas rumah yang lain. ku lihat orang-orang yang berada di sekitar ku, ada yang bergembira, ada yang menangis dan ada juga yang berbual-bual dengan rakan mereka. bagaikan tiada apa-apa yang berlaku disana aku hairan, sekiranya betul aku sudah mati, dan aku mati akibat kemalangan. kenapa aku tidak merasa sedikit pun kesakitan sebelum itu? pelik lah. hati aku jadi tak tenang. tak senang duduk aku di buat nya.. aku cuba untuk mencari pintu keluar. namun malangnya tiada 1 pun pintu yang ku temui disitu. aku duduk termenung di 1 sudut. aku masih tertanya-tanya dimana sebenarnya aku ketika itu.tiba-tiba terasa seperti tangan seseorang menyentuh pipiku.. aku terjaga dari tidur. rupa-rupanya abang yg menyentuh pipiku sebentar tadi. aku bersyukur kerana itu semua adalah mimpi. namun hati ku sehingga kini masih bertanya kan tentang maksud mimpi ngeri aku malam tu. sampai hari ini hati aku rasa tak tenang. takut-takut mimpi tu bawa erti yang tak baik untuk aku. hmm, resah resah.. pergilah kau jauh-jauh dari hati aku.. :'( |