|
apa yang ku mahu???
Sunday, May 22, 2011 | 9:50 PM | 0 comments
apa yang ku mahu??duit!! semua orang pun nak kan duit.. tambah-tambah lagi di zaman yang semakin maju dan semakin tamak ni. kenapa saya cakap tamak?? sebab, tengok lah realiti kehidupan kita sekarang, nak masok tandas awam pun kena bayar paling cikai pun 20sen. mestilah saya nak duit!!!! apa yang ku mahu?? masa!! sebab apa saya nak kan masa? sebab saya nak lah. awak sebok apesal??? hahahah.. takdalah. gurau je.. jangan marah tau. saya nak masa.. masa yang lebih banyak lagi untuk saya luangkan bersama keluarga saya, suami saya dan kawan-kawan saya. dunia sekarang nie dah jadi kelam kabut. semua nya nak cepat. sedangkan mee goreng pun dah ada kena jual yang segera punya. hmm.. sebab itulah saya nak kan masa. apa yang ku mahu?? perhatian.. saya nak kan perhatian.. dari semua orang. bukan sebab saya ni minta puji.. sebabnya saya tak suka bila saya bercakap, orang lain tak nak ambik perhatian. dah tu, nak kena ulang dan ulang lagi bila dorang tak faham... saya nak kan perhatian dari suami saya.. bukan nya apa, sebab kiterang jarang ada masa bersama. maklum lah dua-dua nya pun sibuk bekerja.. nak cari nafkah lah katakan.. sebab tu lah saya nak kan perhatian. apa yang ku mahu?? kebahagiaan.. saya nak kan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat. saya nak bahagia berrsama orang-orang yang saya sayang.. dan orang-orang yang menyayangi saya. siapa yang kat dalam dunia nie tak nak hidup bahagia walaupun sementara?? cuba bagitahu saya?? kalau wujud orang macam tu.. saya nak ucap taniah sebab memilih untuk tidak bahagia di dalam hidup dia.. unik sungguh orang itu.. apa yang ku mahu?? kesedaran.. dan perubahan... luaran dan dalaman.. saya sedar bahawa setiap hari saya dan awak semua melakukan dosa.. biar sekecil mana pun perkara itu, sekiranya ianya salah, ia akan tetap dikira dosa. saya nak kesedaran itu timbul kat dalam diri saya. bukan sekadar timbul. malah saya nak buat perubahan kat diri saya. saya nak berubah.. untuk lakukan itu, saya perlukan kesedaran, masa, duit dan perhatian awak semua.. sekiranya saya punyai itu semua.. barulah saya dapat kebahagiaan yang saya cari tu. semoga Allah membuka hati saya dan awak semua untuk kembali ke jalan-Nya. Amin... |