|
saya rindu sangat kat awak..
Saturday, April 2, 2011 | 8:04 PM | 0 comments
hari nie dah masuk masuk hari ke-empat awak tinggalkan saya. awak tak rindukan saya ke sayang? awak tahu tak yang saya tengah sakit tenat sekarang nie? sakit rindu saya kat awak dah kritikal sangat dah waktu nie. saya dah cuba untuk berbuat seuatu supaya saya dapat lupa yang awak tak ada di sisi saya selama 4 hari ini tapi, satu pun tak berkesan malah rindu saya kat awak semakin bertambah hari demi hari... dah tu macam mana saya nak lalui lagi 3 minggu tanpa awak? berat hati saya nak biarkan awak pergi hari tu. tapi, apakan daya saya awak perlu pergi tinggalkan saya demi tanggungjawab awak saya tahu, awak buat semua ni untuk masa depan kita berdua. sebab itulah saya relakan awak untuk tidak temankan saya selama 3 minggu yang akan datang ni. sayang, awak apa khabar disana? awak ada rindu saya tak? awak ada ingat kat saya tak? awak tak rindu nak sakat saya lagi ke? awak tak rindu nak usik saya? awak tak rindu ke nak tengok muke saya yang hodoh nie? awak tahu tak? setiap malam saya menangis sebelum tido bila saya pandang kat sebelah saya... kosong.. hanya ada selimut dann bantal awak je yang temani saya tido setiap hari awak tahu tak saya tak dapat hidup tanpa awak? rumah nie dah tak kemas macam selalu dah bila awak takda. saya takda mood nak buat apa2 kat rumah nie selain tengok gambar awak selain tunggu panggilan dan sms dari awak.. awak tahu tak semua tu? sentap rasa hati saya bila teringat kat awak. walaupun belum masuk seminggu awak d negeri orang tapi saya rasa macam dah setahun awak takda kat sisi saya. pulang lah wak.. saya rindu sangat kat awak. awak tak dapat rasa ke rindu saya nie? awak kata awak sayang saya?? awak kata awak nak hantar saya tiap2 pagi pergi keja? awak kata nak masakkan ikan sweet n sour untuk saya? awak kata awak nak peluk cium saya sebelum tido? mana awak nie? awak... pulang cepat eak? walau hati saya sedih sangat bila awak takda tapi saya berdoa sangat yang awak dalam keadaan yang baik2 sahaja disana jaga makan minum awak jaga kesihatan awak saya nak awak pulang dalam keadaan awak pergi hari tu dalam keadaan selamat dan sihat sayang, perpisahan sementara kita nie.. walaupun baru beberapa hari dah banyak mengajar saya erti kasih sayang erti sebuah ikatan perkahwinan yang tulus rupa2nya, awaklah nadi saya selama ni saya tak dapat hidup tanpa nadi saya pulang cepat ya sayang? saya sayang sangat kat awak taw!!!
hugs n kisses for u sayang,
isteri yang mencintaimu... |