|
lumrah dunia pasangan yang berkasih
Thursday, May 19, 2011 | 10:40 PM | 3 comments
waktu nak mengorat sanggup curi-curi ikot "orang" tu. kemana "orang" tu pergi, di situ juga lah ko ikot. "orang" pi library, ko pun p library. "orang" pi cafe, ko pun sebok nak pi cafe gak. nasib baik tak bleh masok tandas ngan "orang" tu, kalau tak dah lama ko dok mengendap "orang" tu. bila dah ada can nak tackle, ko sanggup pi kuliah awal-awal. sebab nak tunggu "orang" tu datang. hah, mula lah ko nak dudok dekat-dekat ngan "orang" tu. sanggup berikat perut gara-gara nak save bajet untuk belanja "orang" tu. msanggup makan roti kering setiap hari gara-gara nak tackle "orang" tu. takpe.. takpe.. waktu bercinta macam belangkas. asyik nak melekat je ngan "orang" tu. "orang" g study ko pun nak g study. padahal ko tu sebenarnya malas nak study. tapi, demi "orang" tu ko sanggup buat apa saja. every weekend ada saja program "dating" ko ngan "orang" tu. tengok wayanglah, jalan-jalan kat taman bunga lah, pi main jetski lah (konon je lah). sanggup berabis duit PT demi "orang" yang tercinta tu. hati dah terikat sangat sampai sanggup nak bunuh diri kalau "orang" tu minta putus. takpe.. takpe.. selepas beberapa bulan berkahwin semua perkara yang terjadi tersa indah.. yang buruk pun jadi cantik, yang busuk pun jadi wangi. duit ko, duit "orang" tu juga. kalau duit "orang" tu kira duit ko lah juga. ooh, alangkah bahagianya ko ngan "orang" tu waktu itu. pergi honeymoon sampai ke bulan. makan kat restoran mewah je hari2. ko kata kat "orang" tu. "anje nak makan ape saje..makan lah.. order lah.. kite blanje... asalkan u bahagia..." blablabla... takpe... takpe... 1 tahun selepas berkahwin (agak-agaklah) yang wangi dah jadi busuk, yang cantik dah jadi buruk. ko sebok nak cari duit. "orang" tu pun sebok nak cari duit. masing-masing buat hal sendiri. takda masa nak jadi belangkas macam waktu bercinta dulu. bila "orang" cakap kat ko " jom g makan kat restoran mahal macam dulu... dah lama tak makan bersama.." dan ko plak berkata" takda duit.. takda masa.. takda interest nak makan kat situ. kite makan kat rumah je lah. tak payah nak membazir. blablabla" berjuta alasan ko bagi kat "orang" tu. "orang" tu sabo je lah kat ko. makan hati lah "orang" tu disebabkan alasan ko yang berjuta tu. takpe...takpe... waktu dah ada anak "u pergilah hospital sendiri. kite sebok ni..." ko kata kat "orang" tu waktu dia nak bawa anak ko pi jumpa dokter. "busuknye mulut u , takda berus gig ke apa ni?" kata ko kat "orang" tu. "u ni, ada-ada saja, sakit lah. anak demam lah, nak holiday lah. tak larat lah. u ingat kite takde kerja nak di buat ke? asyik nak u je yang kena layan. kite busy, tahu tak??!! bentak ko kat "orang" tu. takpe..takpe... excuse me???!!! takpe ko kata?? dulu waktu nak ngorat, waktu bercinta sanggup buat apa saja untuk "orang" tu.. "orang" tercinta lah katakan.. tapi bila dia dah jadi milik ko yang sah, ko pulak buat dia macam tu. apa ko tak ingat ke niat ko kahwin ngan dia?? ko dah lupa ka janji manis ko kat dia sebelum nie?? ko lupa ka yang dia pun ada hati dan perasaan? takpe ko kata? mungkin waktu dia ada ko bleh layan die macam tu, tapi fikirlah... apabila dia dah takda nanti. waktu itu lah baru ko akan fikir balik semua yang dah ko buat kat dia. waktu tu, kalau ko nak menyesal pun dah takda guna nya dah. ko tak percaya cakap aku nie? takpe.. takpe.. |