|
gara-gara facebook ku jadi begini...
Sunday, August 14, 2011 | 6:00 AM | 0 comments
sketsa 1 Samdol seorang pekerja am di sebuah syarikat ternama di ibu kota. Akibat tidak tahan dengan kos sara hidup yang tinggi di sana, dia memutuskan untuk pulang ke kampung. Kebetulan ibu nya sedang tenat di kampung. Hajatnya supaya semua harta peninggalan ibu nya tu nanti jatuh ke tangan nya. Sewaktu di kampung.... Ibu : Dol, mak rasa mak tak sempat nak beraya tahun ni bersama-sama korang semua. Samdol : "inilah saat yang ku nantikan..." bisiknya dalam hati. Ibu : Sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, mak nak pesan dan wasiatkan sesuatu kat ngko Dol. Samdol : Apa dia mak? cakap lah. Ibu : Semua tanaman-tanaman mak kat kebun tu, ternakan-ternakan mak, semua nya mak nak ngko tolong uruskan. jangan biarkan diorang tak makan.. Dah lama mak jaga diorang tu. Samdol : Baiklah mak. tapi, kebun mak tu kat mana? Ibu : Ada kat Farmville tu. nanti mak bagi ngko password pesbuk mak ye :) Samdol : hampeh tol!!! @!#$#$%^$%^*%&*(^&*(&*&*^$%#@!!@ ***** sketsa 2 Di sebuah rumah di kampung Parit Bercabang... Isteri : Abang, saya rasa saya nak buka kedai baju lah. Suami : Bila? Isteri : Hari ni. Suami : Awak ni demam ke apa? Mana nak carik modal untuk buka kedai baju awak tu? Isteri : Tak payah pakai duit bang. Suami : Awak gile ke ape? Sekarang ni masok tandas awam pon kena bayar tau. ini kan lagi nak bukak kedai. hmm,.. Isteri : Tak payah bang. Free jer.. Dah dapat kedai dah pun. Suami : Sape yang nak bagi sewa kedai free kat awak tu? Isteri: Ni hah. Cube abang tengok ni. Nama tempat ni "Mall World". Suami : Hah? Tak pernah dengar pon nama tempat tu? Kat area mana? Isteri : Kat pesbuk lah bang... Suami : Sah!!! Memang sah awak ni demam!! !@#$#%(*()*&^\ p/s: cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tak kena mengena dgn yg hidup or yg dah takda :) |