|
Peringatan untuk Adam dan Hawa
Wednesday, February 1, 2012 | 10:20 PM | 0 comments
untuk ADAM.. andai mahu mencari hawa.. 1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.. 3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.. untuk HAWA.. andai mahu menerima cinta adam.. 1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.. 2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.. 3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.. Chillex kejap bersama Amat episod 4
| 5:00 PM | 3 comments
Amat: Selamat pagi doktor… Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ? Amat: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk. Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok? Amat: Betul doktor, saya memang perokok. Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ? Amat: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun. Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ? cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)… sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah). Amat: Doktor tak merokokkan? Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !) Amat: Doktor ada banglo mewah macam tu? Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa? Amat : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya Chillex kejap bersama Amat episod 3
| 1:16 AM | 2 comments
Amat : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.” Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?” Amat: (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.” Boss : “aaaaa?………..baru bangun tidur ke maksudnya?” Amat: “Yes, boss!” Boss : “Sudah! Sekarang keluarkan assignment semalam!” Amat : “Loading……… (sambil membongkar begnya) Satu file dijumpai! Nasib baik tak didelete ke recycle bin.” Boss: “Kenapa kamu ni cakap bukan-bukan?” Amat : “Pelik camana boss ? Saya belum lagi crash! Nanti boss merestart saya, lagi!” Boss : “Pelik betul cakap-cakap kamu ni….” Amat : “Tidak apa-apa, boss. Semalam saya kena buffering screen. Baru buat refreshing hardware.” Boss : “Baik kamu ke klinik, check kesihatan.” Amat : “Okey, boss. Enter!, saya sign out dulu yek” Di klinik…. Doktor : “Ada apa, Encik?” Amat : “Saya di command prompt boss saya ke sini.” Doktor : “Haah?? di apa??” Amat : “Dicommand prompt, doktor! Beliau kata saya error.” Doktor : “Haah?? Error??” Amat : “Iya, Doktor! Jangan-jangan beliau yang tak pernah update kerana CPU tidak connect ke internet. atau selalu saja hang, doktor” Doktor : “Apasal kamu ni? Cakap yang bukan-bukan? ” Amat : “Oh sheet! Motherboard!! LAN it!!! Bit!!!!” Doktor : “Kamu memaki saya ker?” Amat : “La ih doktor ni … doktor yang spam!!!!! Gaya dah la macam trojan.exe!!!!!!” Doktor : “Berani kamu marah saya? Keluar dari klinik saya ni!” Amat : “Eh… doktor…. tolong cancel, doktor!!!!Nanti saya dideny access oleh boss saya… !” |