|
Chillex kejap bersama Amat episod 3
Wednesday, February 1, 2012 | 1:16 AM | 2 comments
Amat : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.” Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?” Amat: (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.” Boss : “aaaaa?………..baru bangun tidur ke maksudnya?” Amat: “Yes, boss!” Boss : “Sudah! Sekarang keluarkan assignment semalam!” Amat : “Loading……… (sambil membongkar begnya) Satu file dijumpai! Nasib baik tak didelete ke recycle bin.” Boss: “Kenapa kamu ni cakap bukan-bukan?” Amat : “Pelik camana boss ? Saya belum lagi crash! Nanti boss merestart saya, lagi!” Boss : “Pelik betul cakap-cakap kamu ni….” Amat : “Tidak apa-apa, boss. Semalam saya kena buffering screen. Baru buat refreshing hardware.” Boss : “Baik kamu ke klinik, check kesihatan.” Amat : “Okey, boss. Enter!, saya sign out dulu yek” Di klinik…. Doktor : “Ada apa, Encik?” Amat : “Saya di command prompt boss saya ke sini.” Doktor : “Haah?? di apa??” Amat : “Dicommand prompt, doktor! Beliau kata saya error.” Doktor : “Haah?? Error??” Amat : “Iya, Doktor! Jangan-jangan beliau yang tak pernah update kerana CPU tidak connect ke internet. atau selalu saja hang, doktor” Doktor : “Apasal kamu ni? Cakap yang bukan-bukan? ” Amat : “Oh sheet! Motherboard!! LAN it!!! Bit!!!!” Doktor : “Kamu memaki saya ker?” Amat : “La ih doktor ni … doktor yang spam!!!!! Gaya dah la macam trojan.exe!!!!!!” Doktor : “Berani kamu marah saya? Keluar dari klinik saya ni!” Amat : “Eh… doktor…. tolong cancel, doktor!!!!Nanti saya dideny access oleh boss saya… !” |