|
Apakah perbezaan antara kebetulan dan suratan/ketentuan?
Sunday, February 5, 2012 | 5:51 PM | 2 comments
Satu persoalan yang seringkali keluar daripada mulut saya saat mendengarkan lagu “Suratan atau Kebetulan”. Apabila kita mendapat bencana dan kesusahan, kita sering merasa marah dan tidak aman. Kadang-kadang kita merasa Tuhan tidak adil dan tidak memberikan kita balasan yang selayaknya. Namun apabila kita mendapat nikmat dan kesenangan, ramai yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Jauh sekali mengatakan segalanya daripada Tuhan dan Dialah tempat bergantung yang sesungguhnya. “Ini semua hasil usaha aku, akulah yang layak berbangga dengan pencapaian ini”. Tak semua, namun kebanyakannya. Apakah kita tidak dapat berlaku adil dalam menghadapi antara dua ketentuan ini? Wahai teman, yakinlah bahawa Allah lah yang lebih mengetahui segala-galanya, lebih daripada kita mengetahui sesuatu. Bahkan Allah lebih mengenali kita daripada diri kita sendiri. Di sebalik setiap ketentuan, binalah kekuatan dan jadilah lebih baik! credit to KhadimulQuran |