jom kongsi tips suami isteri
Kdg2 tu perkara akan jadi susah bila susah tu sentiasa meniti dibibir..Begitulah sebaliknya. Hati akan selalu terasa berat,fikiran akan sentiasa bercelaru bila tiada keikhlasan dlm menerima dan tak redha utk sesuatu kejadian. Perkahwinan adalah sesuatu yg INDAH bila pegangan pasangannya tu adalah Berkahwinan kerana Allah dan mengikut Sunnah Nabi...
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain..Main lain lagi tak boleh!! Kalau isteri awak yang buattentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak...Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja
Kalau nak ajak member ke rumah,beritahu isteri dulu,kalau boleh sehari-dua lebih awal..Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata...Kerana jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya,tentu suami akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh mengakibatkan perceraian...
Hendaklah suami menahan sabar jika kena leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu menyelenggara rumahtangga,mencuci kain baju menyediakan makan minum,mengandung dan bersalin,kemudian mengasuh anak-anak...
Suami itu raja bagi isi rumahnya dan isteri itu permaisuri dan sekalian yang ada di dalam rumah ialah tanggungannya dan rakyatnya...Oleh itu dialah yang menanggung segala hal rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Tuhan kelak..
skali kita sakiti suami kita,xkira lah dr segi fizikal atau perasaan....bidadari di syurga merayu "jangan sakiti dia...!!"...skali kita membenci suami kita,bidadari sudah menanti suami kita di syurga,,,wallahualam..
Berhias untuk suami...jangan dilupakan
lelaki/suami kta ni mcm baby kan?ingin dimanja,dibelai selalu..bila nk tdo dia merengek dulu minta didodoi..kdg2 akn mrajuk bla tguris hatinya n egonya mninggi sbgai umpan spya kta mmujuk nye,mkn mnum kna jga..bl dia sdih,kita la tmpt dia mngadu..
selamat pagi sayang..mmuahhh.. ;) sekali sekala bersikap gediks la dgn suami/isteri anda..
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya,.tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami...Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka...
Previous / Next