|
takda rezeki kan? nak buat camne....
Sunday, January 30, 2011 | 1:28 AM | 0 comments
Dear blog and blogger... niat di hati nak g ujibakat af9 kat promenade hotel. tapi apakan daya. pelbagai dugaan telah menimpa diri ini.. cehwaaaah.. nampak nya terdapat penggunaan ayat skema di situ ya? hahahaha well, aku bukan apa. aku nie dari kecik lagi memang bercita-cita nak jadi artis. heeheheh.. aku starts menyanyi dari umur 7 tahun. dan lagu pertama yang aku bawa waktu pertandingan dulu ialah lagu "cindai - siti nurhaliza" . itulah lagu first, dan pertandingan first yang aku join. dan apa yang best nya ialah, aku dapat numbe satu dalam pertandingan tu and sekaligus aku dapat kalahkan juara bertahan di kampung tempat aku bertanding tu. f.y.i aku time tu join pertandingan menyanyi kat kampung sebelah. kebetulan pulak time tu dorang nak cari budak untuk wakil daerah untuk p pertandingan Bintang Kecil kat kuching. kesian kat budak yang kalah tu, dia nak sangat ikot bintang kecil tu. tup2 aku yang dapat. hahahaahahaaa... tapi malangnya, bila sampai pertandingan Bintang Kecil tu, macam2 jugalah masalah yang datang. Jarak rumah dengan tempat bertanding tu jauh lah, apalah.. hmm, frust giler lah time katakan. pernah lagi, time tu aku kat sekolah rendah SJK (c) kan, aq sikit gi nak wakil kan skolah untuk pertandingan menyanyi dalam bahasa cina. tapi masalah nya syarat die student berbangsa cina jer yang boleh join pertandingan tu. huhuh, melepas lagi lah nampaknya. belom habis dengan tu, ingat lagi aku time kat sekolah menengah kat SMK L***s dulu. dah behempas pulas aku belatih menyanyi untuk wakil asrama dalam pertandingan ASAT. sekali sampai jer hari pertandingan tu, tup2 malang dah menimpa diri ku ini. huhuhuhu. sakit thongsil aku datang lah pulak. adedeeeeeeeeeeeeh, sandi eh bilang orang sabah. melepas lagi lah peluang aku. hmm, this time pulak, aku nak join ujibakat af9. tapi masalah nya husband aku pulak yang tak izinkan. aku tak tahu kenapa. tapi aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah nya. dan aku tak ambik hati sangat hubby larang aku p ujibakat. tak apalah. sebab kalau aku bekeras gak nak p ujibakat tu, takut ada plak hukum karma nya sebab melawan cakap suami kan? heheheh. takpalah, dah memang takda rezeki dalam bidang nyanyian nie kowt. mungkin rezeki aku kat tempat lain. sabar jer lah ya awin.. apa-apapun, the moral of the story is, apa yang terjadi biarkan terjadi. sepalah kita hendak melawan takdir-Nya. kita nie cuma makhuk tuhan yang kecil yang hidup di bumi tuhan. kita cuma menumpang. teruskan tersenyum walaupun terselit beribu kesedihan terpendam di dalam hati kita. sekian. sincerely, wiwien91 |