|
kalau saya merajuk...
Friday, December 31, 2010 | 8:46 PM | 0 comments
kalau saya merajuk makna nya awak ada buat sesuatu yang tak betul... kalau saya merajuk makna nya saya perlukan teman... teman yang boleh mendengar luahan hati saya. kalau saya merajuk biarkan saya menangis, kerna hanya dengan tangisan, rajuk saya akan perlahan-lahan lenyap... kalau saya merajuk, tolong jangan salah sangka.. saya merajuk kerna tak berapa berkenaan dengan apa yang telah awak buat... bukan bermaksud saya marah awak.. kalau saya merajuk, saya nak sangat awak pujuk.. saya tak nak awak marah saya sebab saya merajuk, saya cuma nak sedikit perhatian dari awak. kalau saya merajuk dan saya minta awak tinggalkan saya sendirian.. bukan bermakna saya nak berpisah dari awak, saya cuma perlukan sedikit masa untuk hilangkan rajuk saya. kalau saya merajuk, dan saya tak layan awak.. itu bermakna saya nak awak fikir sendiri apa salah awak kat saya. kalau saya merajuk kerna awak, saya nak awak minta maaf dari saya.. supaya saya tak berdendam dengan awak. kalau saya merajuk, saya harap sangat awak faham isi hati saya bahawa saya nak sangat awak peluk saya, supaya hati saya rasa lega dan saya tahu yang awak tak kan pernah tinggalkan saya |